Sambutan mesra (buying warmth)
Pelanggan mungkin menunjukkan kemesraan, dengan gerak geri dan lain-lain tanda/isyarat bahawa ia suka dengan apa yang dilihat dan didengarnya dari penjelasan jurujual; sesuatu yang sangat positif dari perspektif jurujual, tapi bukan satu undangan kepada jurujual untuk terus cuba meminta tandatangan pelanggan (close the sale)
Kunjungan/bertemu pelanggan (call/calling)
Suatu kunjungan atau pertemuan (bersemuka atau dalam Bahasa Indonesianya Pertemuan Empat Mata) atau perbualan melalui telefon di antara jurujual dengan pelanggan atau prospek. Juga disebut sebagai kunjungan jualan (untuk sesuatu pertemuan atau hubungan telefon), atau kunjungan kejutan/tanpa persediaan (cold call) jika belum ada perkenalan terlebih dahulu dan tanpa memberitahu prospek/pelanggan akan kunjungan kita samada melalui telefon atau secara bertulis.
Kanvas/usaha mendapatkan jualan (canvass/canvassing)
Usaha untuk mendapatkan jualan (juga disebut kempen jualan) dengan kunjungan kejutan/tanpa persediaan ke pejabat prospek (lebih banyak menggunakan hubungan telefon sekarang ini), dengan tujuan mengatur sesuatu temujanji, atau memperkenalkan suatu produk, atau sekadar mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang prospek.
Kanvas juga satu istilah untuk menamakan sesuatu liputan pasaran yang sudah dijadualkan untuk satu jangka waktu: misalnya, “Kanvas Lembah Kelang – July-September 2008” yang bermaksud usaha jualan ditumpukan di kawasan Lembah Kelang dari July-September 2008.
Mendapatkan persetujuan (close/closing)
Langkah kedua terakhir di dalam “Tujuh Tapak Langkah Jualan” dalam proses penjualan, di mana jurujual memberi sokongan dan galakan kepada prospek untuk bersetuju dan menandatangi kontrak/borang pesanan. Masa dulu, kepakaran/keahlian seseorang jurujual itu diukur hanya dengan berapa banyak cara “closing” yang diketahui atau dihafalnya. Untunglah sekarang, dengan adanya evolusi baru dalam proses dan philosophy penjualan profesional, cara ukuran begitu sudah tidak penting lagi. Teknik-teknik “closing” mesti digunakan dengan hati-hati, kerana pelanggan sekarang mungkin akan tidak dapat menerimanya, dan salah-salah haribulan, anda akan dihalau dari pejabatnya kerana dianggap “memaksa” atau memanipulasikan dia untuk membeli produk atau khidmat syarikat anda.


No comments:
Post a Comment