Saturday, May 3, 2008

Senarai Terma-Terma Penjualan dan Menjual -- sambungan 2

Tambah Nilai (added value)

Elemen-elemen perkhidmatan atau produk yang dibekal atau disediakan oleh jurujual atau syarikat jualan yang sedia dan sanggup dibayar oleh pelanggan kerana manfaat-manfaat yang bakal didapati. Nilai Tambah ada yang nyata (betul) atau yang lahir dalam persepsi atau pengertian kita sahaja; yang boleh dirasa/sentuh atau tidak boleh dirasa/sentuh (tangible or intangible).

Seseorang jurujual yang bagus, dapat dipercayai, jujur, pakar, peka dan luas pengetahuan akan menjadi suatu Nilai Tambah yang tak dapat disangkal dan dihitung nilainya bagi syarikat jualannya. Inilah persepsi dari pelanggannya, sungguhpun mungkin bukan pendapat syarikat jualannya sendiri.

Kelebihan/faedah (advantage)

Sesuatu aspek produk atau perkhidmatan yang membuatnya lebih baik dan lebih bagus dari yang lain, terutama yang diperbuat atau diberikan oleh syarikat saingan

Periklanan/Periklanan dan Promosi (advertising/advertising and promotion/A&P)

kaedah-kaedah yang digunapakai oleh sesuatu syarikat untuk menyebarluas dan menempatkan produk dan perkhidmatannya di dalam sektor-sektor pasaran yang dipilih, termasuk pelancaran produk, pembinaan imej dan jenama, aktiviti-aktiviti sidang akhbar atau perhubungan awam, kerja-kerja pemeragaan barangan (menyokong dan mempromosikan produk di kedai-kedai runcit, pasaraya, hypermarket dan pusat-pusat jualan borongan), tawaran-tawaran istimewa, penjanaan peluang-peluang penjualan dan pertanyaan, dan penggalakan pengedar-pengedar, agen-agen, dan terlebih lagi, jurujual-jurujual.

Kaedah-kaedah A&P kadang-kadang disebut sebagai “above-the-line” (atas garisan) bagi iklan-iklan media seperti radio, TV, pawagam, akhbar, majalah) atau “below-the-line” (bawah garisan) untuk aktiviti-aktiviti pengiklanan dan promosi bukan-media atau menggunakan bahan-bahan seperti risalah-risalah/brosur-brosur, mel langsung (direct mail), pameran-pameran, “telemarketing” dan perhubungan awam (PR). Agen-agen periklanan (advertising agencies) umumnya menerima komisen dari khidmat media “above-the-line”, tapi tidak dari khidmat “below-the-line” di mana biasanya mereka mengambil laba atau keuntungan khidmat tersebut.

Temujanji (appointment)

Satu pertemuan bersemuka antara jurujual dengan prospek/pelanggan yang sebelumnya sudah diatur, biasanya melalui telefon. Sila lihat Proses Mengatur Temujanji nanti.

No comments: