Saturday, May 3, 2008

Senarai Terma-Terma Penjualan dan Menjual

Saya akan cuba menurunkan senarai terma-terma yang selalu digunakan dalam menjual dan penjualan. Asal terma-terma ini adalah dari Bahasa Inggeris, bahasa biasa dalam jualan, dan di mana tidak ada istilah yang sesuai, saya akan mengekalkan terma-terma tersebut dalam bahasa asalnya untuk mengelak dari kekeliruan.

Senarai ini tidak lengkap, juga tidak bermaksud sebagai pengiktirafan sesuatu teknik atau terma yang dipaparkan. Senarai terma-terma akan diturunkan dalam Blog ini secara beransur-ansur mengikut “mood” dan kegigihan saya dari masa ke semasa ... hehehe... faham-faham je lah.

Kunjungan Bersama/Laporan Selia (accompaniment visit/accompaniment report)

apabila seseorang pengurus atau penyelia atau jurulatih menemani seseorang jurujual dalam urusan penjualan disesuatu wilayah jualan, biasanya menemui prospek-prospek dan pelanggan-pelanggan. Amalan kebiasaan, pengurus atau penyelia atau jurulatih tersebut akan menyiapkan satu laporan selia (kunjungan bersama) yang memberikan komen-komen dan penilaian di atas prestasi jurujual tersebut, yang akan dibincangkan bersama, dan tindakan-tindakan susulan yang perlu atau latihan-latihan yang masih diperlukan akan disetujui bersama.

Akaun (account)

sesuatu/seorang pelanggan, biasanya organisasi B2B (Business-to-Business); akaun besar adalah perusahaan yang besar; akaun nasional adalah satu pelanggan yang mempunyai jaringan cawangan-cawangan seluruh negara, yang selalu menuntut perhatian khusus oleh seorang eksekutif jualan yang senior, berpengalaman, dan juga pakej harga yang istimewa.

Mendengar secara Aktif (active listening)

satu terma yang biasa digunakan untuk menerangkan keupayaan dan kaedah mendengar yang tinggi, di mana jurujual berusaha memahami secara aktif akan perasaan orang yang sedang bercakap, dan apa isu-isu yang sebenar, dan di mana kaedah mendengar seperti ini berada jauh lebih tinggi mutunya dari cara mendengar biasa tanpa tumpuan perhatian sepenuhnya. Ada kaitan dengan “empathy” dan prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh Stephen Covey yang mencari kefahaman dahulu sebelum mencuba untuk difahami.

Akan disambung...

No comments: